Wednesday, September 13, 2023

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐇𝐈𝐕/ 𝐀𝐈𝐃𝐒 𝐃𝐈𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀

TARIKH: 13 SEPTEMBER 2023 (RABU)

TEMPAT : BILIK GERAKAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH PADANG TERAP

MASA : 8.00 PAGI

Program Kesedaran Kesihatan Penyakit HIV/ AIDS dikalangan wanita merupakan program anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Padang Terap dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap melalui Unit HIV/AIDS/STI serta Unit Promosi Kesihatan PKD Padang Terap
Tujuan diadakan program sebegini ialah bagi memberi pemahaman dan kesedaran tentang penyakit berjangkit ini. 

Taklimat ini disampaikan oleh Pegawai perubatan, Doktor Ilmi Azzwan Bin Azmi. Peserta turut didedahkan tentang penyakit mental dan tekanan emosi oleh Pegawai Psikologi Kaunseling, Puan Nurul Syifaa' Bt Khadri.
 
Selain itu, pemeriksaan kesihatan dan pameran kesihatan turut diadakan untuk peserta.
Terima kasih semua pihak terlibat terutama jawatankuasa PUSPANITA Kecil Daerah Padang terap atas kerjasama menjayakan program ini.





































𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐂𝐀𝐔 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐀𝐒𝐘𝐔𝐑𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏

TARIKH: 1 OGOS 2023 (SELASA)

TEMPAT : RUANG PARKIR PEJABAT DAERAH DAN TANAH PADANG TERAP

MASA : 8.30 PAGI















𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑 𝟏𝟖 𝐀𝐑𝐏𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀)

TARIKH: 18 APRIL  2023 (SELASA)

TEMPAT : BILIK GERAKAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH PADANG TERAP

MASA :  2.30 PETANG

Program PUSPANITA Bertadarus anjuran Biro Agama dan Kerohanian PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Padang Terap telah mengadakan Tadarus Al-Quran sempena Bulan Ramadhan 2023 M/1444 H bermula dari 24 Mac 2023 - 15 April 2023.

Seusai penyempurnaan Program Tadarus ini, pihak Biro Agama dan Kerohanian telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap. Majlis ini diketuai oleh Hajjah Sobariyah binti Abd. Hamid.
 
Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Puan Disarina Binti Nayan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Padang Terap

Semoga program sebegini dapat meningkatkan lagi amalan membaca dan beramal dengan Al-Quran sesama ahli di samping dapat mengeratkan ukhuwah dan persahabatan dalam kalangan ahli PUSPANITA.

”WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT”











𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐇𝐈𝐕/ 𝐀𝐈𝐃𝐒 𝐃𝐈𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀

TARIKH: 13 SEPTEMBER 2023 (RABU) TEMPAT : BILIK GERAKAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH PADANG TERAP MASA : 8.00 PAGI Program Kesedaran Kesihatan P...