Saturday, April 17, 2021

MENGENAI KAMI

 


Sejarah penubuhan PUSPANITA, idea penubuhannya datang daripada Tun Dr. Siti Hasmah sendiri. Idea ini tercetus apabila beliau dan suami yang ketika itu sedang bercuti di Indonesia telah disambut oleh Persatuan Wanita (DARMAWANITA) di sana. Oleh kerana upacara sambutan yang begitu baik serta layanann yang mesra oleh kaum wanita di sana, Tun Mahathir kemudian menyarankan kepada Tun Dr. Siti Hasmah untuk menwujudkan satu persatuan sedemikian di Malaysia khas untuk kaum wanita.

 

Saranan ini direalisasikan dengan penubuhan PUSPANITA secara rasminya pada 1 Mac 1983 dan sebuah rumah kerajaan bernombor JKR 5171, di Jalan Hose , Kuala Lumpur  telah diserahkan kepada PUSPANITA untuk dijadikan sebagai pusat aktiviti. PUSPANITA telah mengorak selangkah lagi apabila pada Januari 1994 Tun Dr Siti Hasmah sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan Rumah PUSPANITA yang baru menggantikan rumah kerajaan tersebut. Malah dewan di Rumah PUSPANITA telah diambil sempena nama beliau iaitu Dewan Dr Siti Hasmah. Pembinaan bangunan yang lebih besar serta infrastruktur yang lebih baik ini mendorong PUSPANITA untuk menjalanakan lebih banyak aktiviti untuk ahli-ahlinya.

 

Hasil daripada itu tertubuhnya PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah setahun selepas penubuhan PUSPANITA Kebangsaan dan kini telah mengalami pelbagai evolusi sejak dari zaman penubuhannya. PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah diterajui oleh beberapa orang wanita yang berkarisma dan berwibawa serta melaksanakan pelbagai aktiviti di Rumah PUSPANITA yang telah dirasmikan pada 22 April 2009 di alamat 940 Jalan Menteri Off Jalan Sultanah 05350 Alor Setar



PAUTAN FACEBOOK PAGE PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH PADANG TERAP  https://www.facebook.com/puspanitacawangankecildaerahpadangterap



No comments:

Post a Comment

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐇𝐈𝐕/ 𝐀𝐈𝐃𝐒 𝐃𝐈𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀

TARIKH: 13 SEPTEMBER 2023 (RABU) TEMPAT : BILIK GERAKAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH PADANG TERAP MASA : 8.00 PAGI Program Kesedaran Kesihatan P...