Saturday, April 17, 2021

PERUTUSAN

Laman web Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), PUSPANITA Daerah Padang Terap merupakan satu wadah bagi ahli-ahli PUSPANITA terutamanya PUSPANITA Daerah Padang Terap untuk berkomunikasi, berkongsi serta memperoleh maklumat di alam siber berkenaan pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan.Kita kini berada di alaf di mana lanskap ekonomi dan persekitaran berubah dengan pantas dan media baru telah banyak mempengaruhi cara kita berfikir dan bertindak. 

 

Kita tidak mampu lagi membuat peningkatan perubahan tetapi perlu pantas mengambil tindakan bagi memenuhi harapan ahli-ahli persatuan kita.  Justeru, penjenamaan semula (rebranding) laman web PUSPANITA Daerah Padang Terap ini adalah tepat pada masanya memandangkan ahli-ahli PUSPANITA Daerah Padang Terap yang kian meningkat bilangannya, kini boleh mengakses maklumat dengan lebih mudah dan pantas.

 

Saya juga berharap agar semua aktiviti dan program anjuran persatuan ini mampu memberi impak kepada semua ahli dari segi aspek pembangunan kendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara. 

 

Saya percaya dengan kerjasama dan penggembelingan tenaga hasil gabungan semua ahli di bawah Kementerian termasuk Jabatan-jabatan di bawah Daerah Padang Terap, apa-apa sahaja program/aktiviti yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan efektif dan jayanya.

 

Dikesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah berjaya memainkan peranan masing-masing dalam proses pembangunan laman web baru PUSPANITA Daerah Padang Terap ini.   Semoga kita dapat terus rancak berpersatuan dengan adanya platform ini lebih-lebih lagi dalam menyalurkan maklumat serta membuat hebahan setiap program yang dianjurkan.   Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar kita semua dapat memainkan peranan yang lebih holistik sebagai wanita yang mampu berdiri gah mengharungi sebarang cabaran yang mendatang, selari dengan slogan “Wanita Sepakat Negara Meningkat”.Sekian, terima kasih.

 


DATIN SITI HAJAR BINTI SAID

PENGERUSI PUSPANITA DAERAH PADANG TERAP

 

No comments:

Post a Comment

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐇𝐈𝐕/ 𝐀𝐈𝐃𝐒 𝐃𝐈𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀

TARIKH: 13 SEPTEMBER 2023 (RABU) TEMPAT : BILIK GERAKAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH PADANG TERAP MASA : 8.00 PAGI Program Kesedaran Kesihatan P...