Penubuhan
PUSPANITA merupakan satu lagi detik bersejarah dalam pembangunan wanita di
negara ini. Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia merupakan tulang belakang
jentera kerajaan bagi pelaksanaan segala dasar dan rancangan yang diwujudkan
oleh kerajaan. Pada awal tahun 1980-an, jumlah pegawai dan kakitangan
perkhidmatan awam Malaysia dianggarkan berjumlah kira-kira 700,000 orang, tidak
termasuk tentera dan polis. Cetusan idea penubuhan PUSPANITA telah diilhamkan
oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang ketika itu menjawat Menteri Pelajaran
selepas bercuti di Indonesia. Sepanjang percutian tersebut, mereka telah
disambut oleh Dharma Wanita Persatuan. Oleh kerana upacara sambutan yang begitu
baik serta layanan yang mesra kaum wanita di sana, Tun Mahathir kemudiannya
menyarankan kepada Tun Dr.Siti Hasmah untuk mewujudkan satu persatuan
sedemikian di Malaysia khas untuk kaum wanita. Dengan bantuan Dato’ Dr. Noor
Laily Haji Abu Bakar yang ketika itu merupakan ketua Pengarah Lembaga Penduduk
dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tun Dr Siti Hasmah telah
merealisasikan penubuhan PUSPANITA. PUSPANITA telah dilancarkan dengan rasminya
oleh Tun Dr Siti Hasmah pada 1 Mac 1983. Ketika itu selain daripada beliau
sendiri menjadi Penaung PUSPANITA yang pertama, berdasarkan Perlembagaan Tan
Sri Hashim Aman, Ketua Setiausaha Negara adalah Penasihat dan isteri beliau
Puan Sri Zawiyah binti Yacob adalah Yang Dipertua PUSPANITA yang pertama. Dato’
Dr. Laily Dato’ Haji Abu Bakar pula telah dilantik sebagai Setiausaha Agong
Kehormat yang pertama.
Tun Dr Siti Hasmah selaku Penaung PUSPANITA
Kebangsaan yang pertama sendiri telah meneliti aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan-persatuan seperti BAKAT (Badan Amal dan Kebajikan Angkatan Tentera),
PERKEP (Persatuan kebajikan Isteri-isteri polis), PELITAWANIS (Persatuan Wanita
Lembaga Letrik Negara), dan lain-lain pertubuhan wanita yang telah diwujudkan.
Pertubuhan seperti ini dapat memberi sokongan dan sumbangan positif terhadap
usaha-usaha kerajaan membangunkan negara. Oleh yang demikian, dengan wujudnya
PUSPANITA, para isteri dan angota wanita setiap lapisan Perkhidmatan Awam bukan
sahaja dapat bertukar-tukar fikiran, tetapi juga dapat menjalankan
aktiviti-aktiviti sosial dan amal kebajikan, serta mendalamkan ilmu
pengetahuan, melalui kursus-kursus latihan.
Melalui PUSPANITA juga para isteri akan dapat
memahami dengan lebih mendalam tugas para suami. Justeru penubuhan PUSPANITA
amat sesuai sekali dan tepat pada masanya memandangkan semua pagawai dan
kakitangan kerajaan, yang bekerja dengan penuh cekap, bersih dan amanah,
memerlukan persefahaman dan sokongan moral daripada isteri.
No comments:
Post a Comment